Dalam hidup terdapat dua perkara...
yang selalunya membuatkn mereka alpa..
itulah ia gembira ketawa...
dan juga menangis berduka...
adakala apabila kita tersenyum...
ia mmbuatkan kita lupa tentang segala duka yang kita ada...
terlalu mengamati detik-detik kita gembira...
sehinggakan kita terlupa apa yang kita berduka...
ada yang gembira untuk menyembunyikan dukanya...
ada yang gembira kerana itu adalah dirinya...
namun jgnlah kita melebihi hadnya...
kerna ia mampu mmbuatkn kita lupa pada yang Maha Esa...
ada pula kalanya kita berduka...
sehinggakan menitis air-air jernih dari mata...
yang mulanya bertakung membasahi mata...
lalu mengalir ke pipi-pipi...
dan akhirnya jatuh ketanah...
perit dan perih yang mencucuk-cucuk di dada...
membuatkan kita terlupa apa yang kita gembira...
sehinggakan kita terlupa...
bahawa bersedih itu telah dilarang pada kita...
kerna ia membuatkn kita terlupa pada yang Maha Esa...
maka...
seandainya kamu gembira...
maka sederhanakanlah kegembiraanmu...
seandainya kamu berduka...
maka sedehanakanlah dukamu...
kerna disebalik kegembiraan adanya kedukaan...
kerna disebalik kedukaan adanya kegembiraan...
" Adakalanya Allah sembunyikan matahari yang menyinar, Dia telah menghadirkan kepada kita kilat dan petir, tatkala itu kita tertanya-tanya, dimanakah hilangnya sinaran mentari itu, dan di kala itu Allah memberi kita pelangi, dimana ia bersinar menggantikan mentari, meskipun seketika, namun sinarannya terpahat dihati kita..."
Jangan kerana duka engkau membenci...
Jangan kerana duka engkau menyakiti...
Jangan kerana duka engkau menyendiri...
Jangan kerana gembira engkau mensisih...
Jangan kerana gembira engkau meminggir...
Jangan kerana gembira engkau memperkecil...
kerana jika engkau berduka, pasti ada khabar gembira yang menanti...
kerana jika engkau bergembira, pasti ada khabar duka yang kembali...
sekadar nukilan, tulisan dan juga bisikan...
< Angah Merah > [ AM ]
No comments:
Post a Comment